hehehe..lalala~ dh lama rsenye x cnteng2 kt sini..kan? en. belug i have smnthing to tell u..i love u mr. B... mcm mane dy blh jumpe ur twins? huhuhu.. maluu maluu.. jari menaip sambil mulut b'bicara.. hati ? biar Allah saje yg tahu ~ sbnrnye ad sbb knape bnde tu di rahsiakan.. sbb i shy.. u know? kih3.. yelaa.. dh tulis2 psl org tu,tetibe dy bace.. achane tu?? HAHAHA ..okay.. DELETE~ erm,sdihnye bile tgk blog ni t'biar..sdeh sgt2.. sori i'm bz~ dh xde ke org yg sudi nk berbicara ngn en.belug ni..? msuk n cenconteng kat sini.. ? xpe.. dorang xnk biar aku sorang je.. coz ilysm..!! i love ur mr. B~ #BLOG#
Sunday
Wednesday
hehehe.. ツ
pinjamkan hatimu agar ku dpt tunjukkan cintaku..
moga engkau tahu semua kasihku hanya untuk mu..
setiap rinduku nyata pada mu..
pinjamkan cintamu agar dpt ku selami hatimu..
moga aku tahu ikhlasnya kasihmu hanya untukku..
percaya rindumu nyata padaku..
bicaralah hati tentang kita..
bicaralah hati untuk selamanya..
bicaralah hati dengan rela..
kau lengkapkan hidupku...
sempurnakan cintaku...
biar hati kita jadi satu...
:: we are only given today n never promised tomorrow..to be sure to tell someone that u love them..anyone can catch your eye but it takes someone special to capture your heart .. right? hehehe.. :) ::
Posted by al0ng wawa at 3/07/2012 08:03:00 PM 0 comments
Saturday
al-fatihah~

Kali ini kita biarkan perpisahan ini berlaku....mungkin ia sebuah pengorbanan yg perlu...Berpisah di dunia yang sementara untuk kita bertemu kembali di akhirat sana....sebagai insan2 yang mengasihinya hanya keranaNya....al-fatihah untuk dirinya yg berada di sana.....hari nie 28/2/2012.. seorang shbat tlh kmbali mnemui sang pencipta.. muhamad yusuf bin muhamad, (yg pkai bju biru tu)..abg kpd k.ecah muhamad..smoga dy ditmptkan diklangan org2 yg b'iman..rase mcm x pcye je bila dpt brita tntg kmatian dy.. akk,banyak kan b'sbar..wa taw akk s'org yg tbah..time akk mskol 2,wa engtkan akk saje memain..wa tidola..rupeII nye wa dpt msg dri akk ckp mcm tu.. t'kjut..innalillah..rse mcm bru smlm je lps jmpe dy tp hari ni dh xde..wlupun x serapat mne dgn arwah..khlangan n ksedihan tu terasa.. best kwn dgn dy krn sikapnye disenangi smua org.. t'ingat knngan dgn dy time g kl aritu...smpai slh jln..b'gurau senda dgn arwah..n mcm II lagi..tp org ckp nk bt cmne,dh smpai ajal dy mcm tu..smlm ade call kluarga arwah.. sebak sgt2..erm,arini ade bce brita..
BALING: “Arwah sempat berbual sambil minum kopi bersama keluarga dan jiran, tetapi tidak sangka ia minum petang terakhir sebelum mayatnya ditemui terapung di Sungai Ketil selepas lebih 30 jam menghilangkan diri.”
Begitu kata Md Arif Md Hassan, 66, datuk kepada Mohd Yusuf Mohamad, 24, yang ditemui lemas di sungai selepas keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, jam 6.30 petang Khamis lalu.
Bagaimanapun, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Darak, Kuala Ketil, di sini, hanya ditemui sekitar jam 1.30 pagi semalam selepas gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sejurus kehilangannya dilaporkan.
Md Arif berkata, sebelum arwah yang juga bekas pelajar Diploma Pengajian Islam di Yaman keluar rumah, dia bersama keluarga dan jiran menikmati minum petang dan berbual mesra sejurus selepas menunaikan solat Asar pada hari kehilangannya.
Menurutnya, arwah tidak menunjukkan perubahan pelik disebabkan dia memang dikenali sebagai pendiam dan anak yang baik, malah disukai penduduk, terutama jiran.
Katanya, Mohd Yusuf keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga sebelum mereka mula risau apabila tidak pulang pada waktu Maghrib kerana biasanya dia akan mengimamkan solat di rumah jika tidak ke surau.“Kami sekeluarga kemudian mencari di kawasan hutan berdekatan dengan bantuan jiran, tetapi gagal hinggalah dimaklumkan penduduk bahawa mereka ternampak mangsa terkapai-kapai di sungai, jam 7.30 malam tadi (kelmarin).
“Penduduk berusaha mencari dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), namun gagal sebelum mayat mangsa ditemui terapung satu kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui dekat sini.
Md Arif berkata, mereka sekeluarga reda, malah arwah adalah anak yang baik dan minat mempelajari agama sejak kecil, sekali gus menjadi harapan keluarga selepas bapanya, Mohamad Abdullah, meninggal dunia lima tahun lalu.
“Arwah harapan keluarga dan memiliki perwatakan seperti arwah bapanya yang juga imam.
“Cuma kami terkilan impian arwah untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda dalam bidang agama tidak kesampaian,” katanya.
Arwah yang juga anak sulung mempunyai tiga adik iaitu Siti Aishah, 21; Mohd Lutfi, 19, dan Mohd Firdaus, 17. Ibunya enggan ditemui kerana masih bersedih.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui lemas di Sungai Ketil oleh penduduk yang melakukan gerakan mencari bersama anggota polis, bomba dan JPAM.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Darak, tengah hari ini (semalam),” katanya.
''innama amruhu iza arada syai'an an'yakulalahu kun fayakun..''
mksudnya :sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu benda,hanyalah ia berfirman kepada hakikat sesuatu itu :: ''jadilah engkau!'' maka terus benda itu menjadi...
Posted by al0ng wawa at 1/28/2012 07:53:00 PM 0 comments
Wednesday
x curi.. tp dh mintak izin utk copy dri tuan belug~

Air mata lelaki lebih berharga daripada air mata perempuan kerana apabila
lelaki menangis, itu bermakna dia sangat sayangkan perempuan yang telah
pergi dari hidupnya dan apabila laki laki menangis , laki laki itu memang
maksudkannya . bukan senang nak buat laki-laki menangis .
manakala senyuman perempuan lebih berharga daripada senyuman lelaki
kerana apabila perempuan senyum , ia akan selalu membuatkan lelaki
kesayangannya merasa bahagia & di sayangi..
setitis air mata yg gugur
di embungan tanah biarlah sebagai satu keinsafan .
dan bukan kerana nafsu yang menguasai jiwa . . ia seribu kali lebih baik
dari sejuta mutiara di lautan .. seditik kita mengingati
kebesaran ALLAH sang pencipta
jauh lebih baik dari seharian mengingati kedukaan cinta manusia . .
kalaulah memiliki dan mencapai kekuatan diri
semudah memetik keybod dari a,b,c
mungkin tiada manusia yg pernah kecewa dgn cinta
, dgn hidup . . hidup akan lebih ceria . .
sesekali terasa hati terpanah ingin rebah , kuatkanlah ,
bangkitlah ,tabahlah .nescaya jalan
kebahagianmu bakal indah <3 tapi hati seringkali tertanya kann ?
bilakah mahu mncuba?
beranikah ?jgn hanya terus bermonolog sendirian .
.seolah II tawar menawar dengan Ya rabb . .
kerana harapan hati , impian cinta biarlah terus berhubung dengan sang pencipta . .
bukan hanya sekadar membazir air mata . ?
hati ini ibarat kapas yg lembab ? jika
terkene kotoran susah untuk dicuci dan di bersih . . apatah lagi
kotoran dari kicap , dakwat atau seerti dgnnye . .jadi jgnlah
kita sengaja menabur kotoran II kedalaman sanubari kita yang lembut
ini , yang sukar dibilas, dicuci ,dan disuci dgn keimanan .iman ?
iman sukar dicari ? hanya kepada makhluk yg rajin dan berlumba II
dalam mncari keinsafan hidup duniawi ini . .:D
Posted by al0ng wawa at 1/25/2012 10:27:00 PM 0 comments
Aku syg Dia~

“Setiap. Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”
Posted by al0ng wawa at 1/25/2012 10:13:00 PM 0 comments
Monday
Alhamdulillah.. masih b'nafas dan dpt mnikmati keindahan ciptaanMu.. knape x blh tidur mlm ni?? tringat dkt kwn2.. bru je jumpe klmarin..xpuasss skjp sgt..huarghh.. :(.. tetibe tringat kwn2 lame..nk taw x.. aku suke smpan bnde2 yg org bg.. x kire la..wlupun hnya sbtg pen yg dh hbs dakwat..:)tp,ape motifnye bg pen yg dh hbs dkwat tu??ignore it.. bnde dh lme b'lalu..zmn sek lg..bukan tu je.. bile time bfday dpt kad,surat..adiah..yg pling femes time zmn sek dulu choclate cdbury.. haha.. tu yg aku suke skali klu dpt..nk bg x nk cair smpan dlm lipatan bju,ltak dlm almari..kih3.. yg pling best msti la TEPUNG..pg la mne2,mjoriti kwn,clasmate or roomte msti ade wat cmtu kan? klu raya plk dpt kad raya dri kwn2.. hehe..tringat kisah 5 thn lepas x silap.. ''surat''..
''semekom..awk ape khabar?shat ke x?sy shat je..tgh wtpe 2 hrp2 bace buku la ye..sy bkn ape saje je tulis surat sbb x tau nk bt ape..sy dh dpt biodata awk,trima ksih sbb sudi bg.. klu ade mase tlislah surat pd sy. awk knl ke sy? pnh nmpk sy? msti x pnh kan? sy ade nmpk awk wktu awk hntr adik awk hari tu..klu awk nk tgk sy dtgla sini..bt pngtahuan awk,sy sllu nmpk awk bila awk dtg sek sy...ok lah.. ckgu dh msuk kls ni.. nnti kte borak lg..wsalam..
p/s : .................................. di rhsiakan..~''
hahaha.. sape la hamba Allah tu kan..Eh,surat dri admrer ke ni??bnyk lg surat yg aku smpan..smpai dh kning2 surat tu..kad2 raya..bfday..yg pling aku syg skli kad 'friendship'..siap ade gmba lg tu..HSIL NUKILAN KWN2..thanks korang.. erm,ade jgk surat yg pkai krtas buku math.. haha..bukan zmn sek je.. dh bsor2 ni pon incik posmen cri aku lg taw.. hehe..
#PERSAHABATAN SEJATI KEKAL ABADI #
Posted by al0ng wawa at 1/23/2012 01:44:00 AM 0 comments
Sunday
10.30 p.m~
Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa
Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih...
sayunye.. sepi..hiba..smua x t'kata.. hnya mampu b'tmankan air mata.. ~
Posted by al0ng wawa at 1/08/2012 10:15:00 PM 0 comments
Friday
ana uhibbuka..

awk...
rinduunye..hehe..
tp sy xnk bg msg mcm tu.. nnti awak gelak kan sy..haha..sy dh la x pndai nk b'puisi2 ni..huhu..awak jga diri k..
wlupun kite jauh,tp sy rse dkt sgt..smuanya sbb 'hati' dan 'syg' sy pd awak ..lillahi ta'ala..ukhuwah itu indah atas redhaNya.. =)
4 u ~
You can take my heart for a walk on the beach..
You can take my heart for a little trip..
You can take my heart very close to your heart..
You can take my heart forever if you like..
If I take your heart, I will cherish it every day..
If I take your heart, I will heal these old wounds..
If I take your heart, it's to make it happy..
If I take your heart, it's forever close to mine..
p/s : tapi..nanti klu sy amik hati awk.. mcm mne awk nk hidup? hehe..
YA ALLAH..
Engkau melebihi cahaya di atas cahaya, dalam kerinduan mendalam,
dalam tatih meniti pintu cahayaMu,izinkan aku menggalas sajadah bersamanya
beralas cinta kepenghujung syurga…
amiin ya Rabbal ‘alamiin..
salam rindu ~
Posted by al0ng wawa at 1/06/2012 12:05:00 AM 0 comments
Saturday
dari kekasih buat kekasih...

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku...
sumber : iluvislam.com
Posted by al0ng wawa at 12/31/2011 04:43:00 PM 0 comments
Friday
my 1st love.. :)



akhirnye...dpt jgk lpskan rndu..hehe.. awk.. awk nk taw x.. ni la 1st love sy.. cntik kan.. hehehe.. n sy jgk dh b'jaya sepahkan katil dgn buah2an mcm tu.. urm,mata pon dh ngntuk,bdn pun letih sharian b'jlan.. time 2 sleep.. huhu.. jgn lupe baca doa tidur taw kawan2.. ''BISMIKALLAH HUMMA AHYA WA'AMUT.. ''
:: smoga lenamu dalam ketenangan dan mimpi-mimpimu menjadi kenyataan ::
Posted by al0ng wawa at 12/30/2011 10:21:00 PM 0 comments
Thursday
berombak rindu-rinduan...
best novel nie.. dh khatam time pom4 ag.. hehe..
boringla.. tetibe rse nk tgok movie plk.. hehe..drang asyik sbut2 psl ''ombak rindu''..adaptasi dri sbuah novel..novel tu mmg best.. tp bila dh buat filem best sgt ke?? mlm nie nk share skit psl movie tu..
''cinta x kejam.. cuma mnusia yg x pndai mnghargai cinta '' 2 slh stu ayat yg aku engat.. haha..wanita.. tmbah plk yg b'gelar istri.. mmg x dpt smbunyikan prasaan cmburu walaupun skit. bg aku bestla cter ni.. blh rse feel dy.. haha..tp.... aku nnges jgk akhirnye,cehh.. ntah pape.. tu pon nk nnges.. siez,sdeh kot.. sian IZZAH.. awak.. awak.. nnti awk tgk citer ni taw..nnti blh wat citer ombak rindu-rinduan kite b'2.. hehehe..
:: REDHA ITU IKHLAS.. PASRAH ITU MENYERAH ::
Posted by al0ng wawa at 12/29/2011 11:53:00 PM 0 comments
Wednesday
tentang dia.. hehe..
awak.. sy bg skongan dri rmh je la eh.. hehe..sy tgh dgr awk nynyi nie.. smbil mnulis.. huhu..mriahnye.. rmai org brsorak.. rmainye pminat time dy nynyi..jeless2.. huhu.. tp xpe,x kisah pon sbb sy dpt lg best drpd tu... hehe.. sy bngga dgn awk,wlupun x prctise tp awk dpt bt dgn baik.. i give u million stars..n sy suke yg akhir tu..hehehe.. ^__^![]()
to : incik masyam..Mr. Amran .. :)
Posted by al0ng wawa at 12/28/2011 11:19:00 PM 0 comments
hari last..kenangan kem tahsin 2011










rindu nk mndi sg ngn akk.. hehe.. pntang jmpe msti nk gduh..g klas same2.. rakam pon same2.. malam2 wat projek.. haha.. ni la kak asma'..yg pkai tdung kning cair nur asma' amran...:)
yang b'purdah tu adk shidah.. n anak2 ku.. hehe..yg tdung itam tu kak ain.. dy stdent uitm sri iskandar..smggu je dy ngn kami.. :(.. yg laki t'sesat tu skelas ngn ktrang gak.. ustz luqman..stdent ipg darul aman.. urm,ade 2 org ag yg xde lam gmba nie..adk na'imah n ustz shafiq..
:: gambar ni smua copy je :) ::
Posted by al0ng wawa at 12/28/2011 12:28:00 PM 0 comments
Saturday
muharam 1433 hijrah..
Alhamdulillah.. pagi ni di beri kesempatan utk b'dating dgn en. belug nie.. hehe.. dh lame rsenye x update.. kan..kan.. hehe.. erm,xde ape pun cume nk kgsi sesuatu dgn smua.. AZAM.. semua orang ade azam kn? opss! bukan azam tuuuu.. ni azam laa.. haha.. ermm, aku pun ade azam sbnrnye.. thn bru dlm islam thn ni di smbut smasa cuti sekolah.. lame dh aku pk bnde ni.. pnh jgk tnye pndpt org2 t'dekat dgn aku.. drang ckp go on.. klu itu yg t'baik.. so,aku decide nk pg sane time cuti sek ni.. mudah2an dpt mmperbaiki mane yg lemah.. dpt mngurangkn mane yg x elok.. tmbah ilmu.. pngalaman.. tu yg pnting..azam aku nk brubah.. nk jd lbh baik dri sblm2 nie..mmg dari sek ren lg aku di hntar ke sek agama,smpaila tmat ting. 5..malah dh keje ni pon aku msih lagi di sek agma..kt sek dulu tdung labuh..litup.. bile blik je umah.. hilang tdung tu.. TAPI x b'makna aku x pkai tdung.. cuma tu la,zaman skrg ni bnyk sgt fashion.. biaselah remaja mcm aku ni.. nk cuba ssuatu yg baru.. btul x? baju kurung? Alhamdulillah.. aku tetap pakai lagi smpai skrg.. klu blh aku nk truskan pkai tdung labuh tu..bila pkai tdung tu aku rse tenang sgt..rase dilindungi.. tp knape org tgok aku pelik? mcm aku ni x pkai bju je.. haha.. biarlah..mulut org kan.. lame2 nnti penat..diamla.. ya ALLAH.. kuatknlah smngat ku dlm meneruskan istiqamahku terhadapMu.. berikanlah aku petunjuk ke jalan yang benar.. aku bersyukur ya ALLAH krna Engkau masih menyayangiku.. masih memberiku pluang utk berubah..sahabat,jika aku lalai,jika aku terlena,jika aku hanyut utk mengejar dunia semata-mata.. tegurlah aku.. ingatkan aku..bangunkan aku..
abg..dlm surat tu abg ade ckp pal impian kn..wa ingat ag psl tu.. hehe.. impian kite.. wa nk truskn impian tu wlupun abg dh xde.. sbb smngt abg sntse b'sama wa..trima ksh ya ALLAH krna tlh m'ghntar dia utk ku.. kau tmpatkanlah dia dikalangan kekasih2 Mu.. doaku sntse mngiringimu.. 
ni saje gatal2 snap pic..yg slbh tu shidah fakri.. dy kwn sbilik time dkt madrasah..teringin nk b'niqab mcm tu.. tu yg try2 pakai..hehe..ptg ni nk blik kem dh.. tggu ade mase t update ag.. daaa... hehe..
SAHABAT..
tidak akn cair di musim luruh
tidak akn beku di musim salji
tidak akn gugur di musim luruh
tp ia akn sntsa mekar walaupun bukan musim bunga..
Posted by al0ng wawa at 12/17/2011 09:17:00 AM 0 comments
Friday
prcayalah...
Saban waktu...pasti ada seseorang mengingati anda sebelum tidur..tak siapa yang tahu..boleh jdi dia tu orang yang anda syg...tak mungkin juga orang yang anda tak pernah kenal..tapi..dia kenal anda....
percayalah...
sekurang-kurangnya..ada seseorang didunia ini yang tetap menyayangi anda & sanggup mati kerana anda walaupun ketika ini anda merasakan tiada siapa lagi bersama anda...=)
percayalah...
apabila seseorang itu ada agama yang kukuh..Insyaalah..
hidupnya akan selamat dan berjaya walau dimana sahaja dia berada..
walau dimana sahaja dia berada..dirinya pasti dih0rmati kerana kemuliaan peribadinya...
makin tinggi sseorang itu dalam Ilmu Agama..makin indah peribadi & akhlaknya....
percayalah..
sewaktu anda sakit...pasti ada sseorang yang mend0akan anda supaya anda cepat sembuh..walaupun anda tak tahu..siapalah orang itu...dan walaupun doa itu disampaikan dri jauh...sewaktu anda bersedih..pasti ada orang yang mengharapkan anda kembali ceria seperti dahulu....walaupun kita tidak langsung menyedarinya...
percayalah....
kita tidak pernah dipinggirkan..cuba lihat bintang dilangit pd waktu malam..anda pasti merasainya..cuba lihat matahari terbenam diwaktu senja...kita pasti merasainya...
renungkan...
"Iman ini dikaitkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat kelak. Andai hari ini, seseorang individu berkenaan takut kepada Allah dan pembalasan pasti, dia akan malu untuk melakukan maksiat atau perbuatan dosa."
Posted by al0ng wawa at 12/16/2011 05:10:00 PM 0 comments
Saturday
kepergianku..
awak..
skrg sy smkin yakin janji Allah itu pasti..
time ksih sbb bnyk bg nshat kt sy..
bg smngat kt sy..
jaga diri baik2..
ukhuwah itu indah andai ats redhaNyA..
salam syg...
Posted by al0ng wawa at 11/26/2011 02:12:00 PM 0 comments
sahabat ^_^

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara
Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman
Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih
Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir
Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku
Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali
Sahabat...
Posted by al0ng wawa at 11/26/2011 02:02:00 PM 0 comments
Wednesday
aku tidak meminta seseorang yang terlalu sempurna..
semuanya yang akan dikongsi b'sama..sy hnye copy n paste... buat renungan b'sama.. =)

Posted by al0ng wawa at 11/23/2011 11:02:00 PM 0 comments
Saturday
ツ
awk..
Posted by al0ng wawa at 11/19/2011 12:42:00 AM 0 comments
Thursday
saudari kamu cantik skali..tapi...
Posted by al0ng wawa at 11/17/2011 09:26:00 PM 0 comments




