BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

animatd salam welcome ticker

Daisypath Friendship tickers

Saturday

al-fatihah~


Kali ini kita biarkan perpisahan ini berlaku....mungkin ia sebuah pengorbanan yg perlu...Berpisah di dunia yang sementara untuk kita bertemu kembali di akhirat sana....sebagai insan2 yang mengasihinya hanya keranaNya....al-fatihah untuk dirinya yg berada di sana.....hari nie 28/2/2012.. seorang shbat tlh kmbali mnemui sang pencipta.. muhamad yusuf bin muhamad, (yg pkai bju biru tu)..abg kpd k.ecah muhamad..smoga dy ditmptkan diklangan org2 yg b'iman..rase mcm x pcye je bila dpt brita tntg kmatian dy.. akk,banyak kan b'sbar..wa taw akk s'org yg tbah..time akk mskol 2,wa engtkan akk saje memain..wa tidola..rupeII nye wa dpt msg dri akk ckp mcm tu.. t'kjut..innalillah..rse mcm bru smlm je lps jmpe dy tp hari ni dh xde..wlupun x serapat mne dgn arwah..khlangan n ksedihan tu terasa.. best kwn dgn dy krn sikapnye disenangi smua org.. t'ingat knngan dgn dy time g kl aritu...smpai slh jln..b'gurau senda dgn arwah..n mcm II lagi..tp org ckp nk bt cmne,dh smpai ajal dy mcm tu..smlm ade call kluarga arwah.. sebak sgt2..erm,arini ade bce brita..


BALING: “Arwah sempat berbual sambil minum kopi bersama keluarga dan jiran, tetapi tidak sangka ia minum petang terakhir sebelum mayatnya ditemui terapung di Sungai Ketil selepas lebih 30 jam menghilangkan diri.”

Begitu kata Md Arif Md Hassan, 66, datuk kepada Mohd Yusuf Mohamad, 24, yang ditemui lemas di sungai selepas keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, jam 6.30 petang Khamis lalu.

Bagaimanapun, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Darak, Kuala Ketil, di sini, hanya ditemui sekitar jam 1.30 pagi semalam selepas gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sejurus kehilangannya dilaporkan.

Md Arif berkata, sebelum arwah yang juga bekas pelajar Diploma Pengajian Islam di Yaman keluar rumah, dia bersama keluarga dan jiran menikmati minum petang dan berbual mesra sejurus selepas menunaikan solat Asar pada hari kehilangannya.

Menurutnya, arwah tidak menunjukkan perubahan pelik disebabkan dia memang dikenali sebagai pendiam dan anak yang baik, malah disukai penduduk, terutama jiran.

Katanya, Mohd Yusuf keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga sebelum mereka mula risau apabila tidak pulang pada waktu Maghrib kerana biasanya dia akan mengimamkan solat di rumah jika tidak ke surau.“Kami sekeluarga kemudian mencari di kawasan hutan berdekatan dengan bantuan jiran, tetapi gagal hinggalah dimaklumkan penduduk bahawa mereka ternampak mangsa terkapai-kapai di sungai, jam 7.30 malam tadi (kelmarin).

“Penduduk berusaha mencari dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), namun gagal sebelum mayat mangsa ditemui terapung satu kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui dekat sini.

Md Arif berkata, mereka sekeluarga reda, malah arwah adalah anak yang baik dan minat mempelajari agama sejak kecil, sekali gus menjadi harapan keluarga selepas bapanya, Mohamad Abdullah, meninggal dunia lima tahun lalu.

“Arwah harapan keluarga dan memiliki perwatakan seperti arwah bapanya yang juga imam.

“Cuma kami terkilan impian arwah untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda dalam bidang agama tidak kesampaian,” katanya.

Arwah yang juga anak sulung mempunyai tiga adik iaitu Siti Aishah, 21; Mohd Lutfi, 19, dan Mohd Firdaus, 17. Ibunya enggan ditemui kerana masih bersedih.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui lemas di Sungai Ketil oleh penduduk yang melakukan gerakan mencari bersama anggota polis, bomba dan JPAM.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Darak, tengah hari ini (semalam),” katanya.

''innama amruhu iza arada syai'an an'yakulalahu kun fayakun..''
mksudnya :sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu benda,hanyalah ia berfirman kepada hakikat sesuatu itu :: ''jadilah engkau!'' maka terus benda itu menjadi...

0 comments: